Info Syarikat





Vemma adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga,yang berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision.New Vision ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu dimana berkempimpinan dalam industri kesihatan dan telah mencapai jumlah jualan runcit melebihi USD $1bilion dolar.
New Vision adalah sebuah syarikat yang terkenal,kukuh dan amat dipercayai.Memiliki ibu pejabat seluas 26,000 kaki persegi di 8322 East Hartford Drive,Scottsdale, Arizona Amerika Syarikat.New Vision juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 24,000 kaki persegi,serta memiliki sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe,Arizona.
Dalam industri pemasaran rangkaian (MultiLevel Marketing),kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh 5 tahun.New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama 10 tahun.Malah,yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royaliti sebanyak USD $500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

Kedua-dua New Vision dan Vemma dimiliki oleh BK Boreyko dan dua adik perempuannya,Karen dan Lauren.Ibubapa mereka,Ben dan DottieBoreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya.Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka.Pada umur 7 tahun,BKbermula membantu ibubapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka.Pada umur 18 tahun,beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga ke peringkat PS Direct.Apabila beliau berumur 30-an,beliau dan keluarganya melancarkan pemasaran rangkaian gergasi yang dinamakan New Vision.New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal akibat penyakit kanser,5 tahun sebelum New Vision ditubuhkan.

Misi New Vision adalah meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan kewangan.Vemma ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran selama 10 tahun untuk mencapai peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu.Ini ialah peluang untuk mencapai hidup yang sempurna dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harapkan dengan sokongan kuat yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian




Pejabat VEMMA (Malaysia)

Vemmatrition Sdn.Bhd,
23-3 Block D,Jaya One,
72-A Jalan University,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,Malaysia 

Tel: +603 7955 2222
Fax: +603 7956 2222