Isnin

Jus Kesihatan Vemma


JUS KESIHATAN VEMMA


Produk nutrisi Vemma adalah jus manggis yang berasaskan kulit manggis,dicampurkan dengan 30% Aloe Vera,Teh hijau dan tumbuhan yang hidup di kaki gunung berapi. Seramai 135,000 orang pakar dan saintis mengakui bahawa kulit manggis adalah antioksidan yang paling berkesan untuk merawat kanser dan penyakit kronik seperti darah tinggi,diabetes,jantung dan sebagainya.

Keunikan produk Vemma yang utama

-Cecair antioksida yang terkuat di dunia dengan nilai ORAC 115,779.
-Bioktif yang tinggi walaupun setelah mengambilnya.
-Menggunakan teknologi sains terkini,difomulasi untuk tahap Pharmaceutical yang berkualiti tinggi yang mengandungi 30% Aloe Vera.
-Dalam bentuk ionic (molekul yang lebih kecil dari sel badan dan membolehkan badan menyerap sehingga 99.99% khasiatnya).
-Spektrum terluas antioksida,terutamanya Xanthones yang memberi kelebihan nilai kesihatan yang optimum.
-Memenuhi keperluan harian vitamin,65 jenis mineral dari sumber tumbuhan yang mengandungi Phytonutrient,enzim dan asid amino
-Makanan berfungsi bertaraf dunia yang meningkatkan system ketahanan (immune system)
-Terdiri lebih daripada 80 bahan termasuk manggis (keseluruhan buah manggis).


Kuasa vitamin dan xanthona VEMMA

-Xanthona ialah sebatian semulajadi yang bertindak balas sebagai antioksidan dan mendatangkan faedah nutrisi yang berasaskan tumbuhan semulajadi kepada tubuh. Antara sumber-sumber Xanthona yang dikenali ialah buah manggis di mana mengandungi antioksidan yang paling tinggi secara semulajadi.
Salah satu jenis Xanthona yang dikaji secara meluas ialah sebatian 'beta mangostin'. Jumlah beta mangostin dan Xanthona manggis lain yang dibekali oleh Vemma dalam setiap auns adalah melebihi mana-mana produk manggis lain yang telah kami uji. Ini bermakna jika dibandingkan setiap auns,tahap perlindungan Xanthona dan antioksidan yang diberi oleh Vemma adalah paling tinggi.

-Merangkumi 12 jenis vitamin serba lengkap yang meningkatkan kuasa nutrisi Vemma. Kajian menunjukan bahawa vitamin adalah penting untuk kesihatan dan kebaikan kita. Faedah vitamin yang mengagumkan termasuk perlindungan antioksidan serta sokongan nutrisi dan pertumbuhan badan. Kajian menunjukan bahawa kebanyakkan orang dewasa yang berpendidikan mengambil 1 pil atau tablet multivitamin setiap hari. Bentuk cecair Vemma yang lazat rasanya adalah lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan pil atau tablet.

Jus Vemma berbentuk cecair yang sedap rasanya,mudah di minum dan lebih bersifat Bioavailable (sedia di serap badan) berbanding pil atau tablet. Ianya merangkumi 12 jenis vitamin serba lengkap yang mampu membekalkan vitamin seharian kepada badan manusia.

Program nutrisi VeMMa telah diluluskan oleh edisi 2007 PDR untuk bahagian ubat Tak Preskripsi dan Diet Tambahan.
Produk VeMMa adalah halal dan boleh dinikmati oleh umat Islam.


Faedah-faedah Nutrisi VeMMa


 A .Melindungi dan menyokong jantung yang sihat
-Mengekalkan tahap asid amino homosisteina yang sihat
-Melindungi sel dan membentuk kandungan kolesterol pada tahap yang sihat.
-Membekalkan vitamin B pada tahap yang sihat kepada jantung.
-Merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang dengan kandungan lemak tepu dan kolesterol yang rendah, dan mengandungi asid folik,vitamin B6 dan vitamin B12 yang dapat mengurangkan penyakit Vaskular.

B.Menjadikan mata ,mulut,kulit,gigi,gusi dan rambut lebih sihat
-Menolong mengalakkan kesihatan penglihatan,penglihatan pada waktu malam dan kesihatan mata.
-Memainkan peranan dalam penyerapan dan metabolisme protein dan kabohidrat.
-Membantu dalam penyerapat tenaga dan penjanaan tenaga dari glokosa.

C.Menyokong sistem pengimunan
-Menyokong sistem pengimunan dan dengan meningkatkan fungsi sistem pengimunan.

D.Penghapus Radikal Bebas yang kuat
-Satu antioksidan yang unggul dengan nilai ORAC  yang paling tinggi.
-Antioksidan membantu badan menentang radikal bebas yang bahaya dan juga mengalakkan panjang umur sel (Bukti saintifik menunjukkan bahawa vitamin antioksidan boleh mengurangkan risiko sesetengah jenis kanser).

E.Sistem pencernaan yang sihat
-Membantu menyokong sistem saluran usus yang normal dan sihat.

F.Rumusan Bioavailable
-Rumusan berbentuk cecair yang sedap rasanya,lebih mudah diguna dan lebih Bioavailable (sedia diserap oleh badan) daripada pil /tablet.

G.Tenaga nyawa semulajadi
-Badan tidak dapat hidup tanpa zat mineral utama dari alam semulajadi.
-Pada halnya,kehadiran dan keseimbangan zat mineral dalam setiap sel badan adalah penting untuk kesihatan dan kebaikan anda.

H.Menyempurnakan diet anda
-Tubuh anda tidak dapat menghasilkan mineral yang diperlukan. Oleh itu,anda memerlukan sumber pemakanan yang lebih untuk menghasilkan tubuh yang kuat immunity dan sihat.
-Nutrisi harian yang diperlukan badan dapat dibekalkan melalui;
  • 2 biji oren untuk mendapatkan secukupnya jumlah vitamin C
  • 9 biji avacado untuk mendapatkan jumlah secukupnya vitamin E
  • 3 jambul brokoli untuk zat besi secukupnya
  • 55 biji telur untuk vitamin D secukupnya
  • 1 cawan bayam untuk vitamin A secukupnya
  • 5 cawan kacang hijau untuk Thiamin secukupnya
  • 19 biji pisang untuk Riboflavin secukupnya
  • 62 ounces keju cheddar untuk vitamin B12 secukupnya
  • 5 ubi kentang besar untuk Niacin secukupnya
  • 61 cawan tomato untuk Folate secukupnya
  • 2 tembikai besar untuk vitamin B6 secukupnya
  • 17 ounce buah Cherry untuk jumlah ORAC value
  • 37 cendawan size sederhana untuk Asid Panthothenic

Panjang senarai ini. Tapi inilah bentuk keperluan  untuk kesihatan immunity badan kita seharian. Dengan mengambil nutrisi di atas,InsyaAllah kita dapat mengelak daripada demam,batuk,selesema,kejang,darah tinggi dan berbagai lagi penyakit.

Tetapi ini memerlukan azam yang kuat dan  disiplin yang tinggi untuk menyedia dan menghabiskan bahan-bahan di atas selama hayat kita.

Atau anda boleh pilih jalan MUDAH! Gunakan Jus Vemma!! Hanya 2 ounces jus Vemma dapat memberikan khasiat-khasiat di atas. Dan ia juga bukan sekadar produk yang bagus tapi plan pemasaran yang disediakan dapat membantu mendapatkan wang lebihan secara part time di rumah.

sebab kenapa menggunakan program nutrisi VeMMa
  • Anti Oksida yang hebat
  • Pemangkin tenaga (anti keletihan)
  • Mencegah kebimbingan / kekhuatiran
  • Anti penuaan
  • Merawat kesakitan
  • Mencegah kemurungan
  • Mencegah kegemukan
  • Mencegah cirit-birit
  • Mencegah Osteoporosis
  • Mencegah kesan-kesan diabetes
  • Mencegah kelumumur
  • Mencegah pening-pening / gayat
  • Mencegah Glaukoma
  • Mencegah lenguh sendi
  • Mencegah batu karang dan buah pinggang
  • Mencegah keanjalan arteri
  • Mencegah penyakit gusi
  • Mencegah dan merawat jangkitan Fungus
  • Mencegah alahan dan merawat sakit kulit / masalah kulit
  • Mencegah jangkitan virus dan kuman
  • Anti tumor dan kanser
  • Anti bengkak-bengkak
  • Anti Parkinsonism
  • Anti katarak (bahagian legap pada kanta mata)
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Menjaga kesihatan jantung
  • membantu mengurangkan demam

Dapatkan Jus VeMMa Sekarang!

Harga Jus Nutrisi Vemma bagi Asia Single Builder Pack ialah RM342 (USD90), 1 pek=2 botol.
Juga terdapat pakej lain iaitu Asia Basic Builder Pack RM1368 (USD360), 4 pek .
Asia Silver Builder Pack RM2052 (USD540), 6 pek.
Asia Ultimate Builder Pack RM5130 (USD1350), 15 pek.

Untuk menjadi ahli,Yuran bulanan adalah USD19.95 (dengan beberapa bonus keistimewaannya). Sila ke laman web VeMMa saya untuk menjadi ahli dan mendapatkan maklumat secara menyeluruh tentang VEMMA. http://www.vemmabuilder.com/795450405

Nak beli Jus Nutrisi Vemma sahaja tanpa menjadi ahli atau mengelakkan yuran bulanan? Boleh,tak ada masalah. Hanya beli saja produk Jus Nutrisi Vemma sama ada Single pack,Basic pack,Silver pack atau Ultimate pack daripada saya. Sila shop ke www.gunsanadbiz.vemma.com 

Berita gembira! Pada kali ini saya menawarkan harga murah Jus Kesihatan Vemma hany untuk Asia Single Builder Pack sahaja kepada anda  (kepada yang ingin membeli saja). Jika harga semasa Jus Nutrisi Vemma adalah RM342,di sini saya tawarkan harga RM330,terhad kepada 21 pembeli sahaja. Tetapi,cara bayar adalah berbeza. Sila lihat laman CARA BAYAR di atas.

Untuk tawaran hebat ini,saya amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dengan anda tentang betapa berkhasiatnya Jus Nutrisi Vemma ini. Tak rugi membelinya di seumur hidup anda kerana Jus Nutrisi Vemma tiada tandingannya daripada produk lain. Anda rasailah sendiri kelainannya. Malah anda boleh membelinya untuk kesihatan diri sendiri,atau untuk kekasih tersayang,untuk masa depan anak-anak,untuk panjang umur ibu ayah,untuk keceriaan saudara mara atau untuk kebahagiaan teman terdekat. Anda sihat,keluarga bahagia.....dan saya turut tumpang gembira.





Jumaat

Teh Hijau/ Green Tea




Nama saintifik teh ialah Camellia Sinesis.Teh Hijau bukan sekadar teh,ia mengandungi paras Catechin Polyphensis yang tinggi khususnya epigallo catechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang kuat. Antioksidan Teh Hijau dalah 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksida. Ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wain merah. Antioksidan yang kuat telah dibuktikan  berupaya melawan virus,melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik ke atas kesihatan.
Radikal bebas dalam molekul adalah amat reaktif dan boleh merosakkan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukkan barah,penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik. Namun,Catechin berupaya memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan,juga membantu merencat pertumbuhan sel barah,pengawalan paras kolesterol LDL dan secara  tidak langsung dapat mengurangkan gumpalan darah tidak normal yang menjadi penyebab antara serangan jantung dan strok.

NUTRIEN TEH HIJAU

  • Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membantu mengurangkan kaser payudara,perut,esofagus dan kanser prostat.
  • Penstabil tekanan darah.Bacaan tekanan darah normal ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Teh hijau mampu mengurangkan kebarangkalian mengatasi hipertensi sebanyak 50%. Kandungan yang terdapat dalam teh hijau iaitu 'ACE Inhibitor' semulajadi dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang tinggi. Ia juga boleh mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
  • Melindungi daripada Hepatitis.Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti mampu menurunkan zat besi di dalam badan.
  • Mencegah keracunan makanan. Ia dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana Teh hijau dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti Clostridia.
  • Teh hijau secara semulajadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam seperti bintik-bintik keradangan,kilit melecur,bekas tanda cacar dan mata bengkak yang disebabkan oleh tidur yang tidak mencukupi.
  • Membantu mengawal paras gula darah (polyphenols dan polysaccharides dapat memberi kesan manfaat kepada paras gula dalam darah).
  • Menggalakkan pembakaran lemak khususnya kepada lemak di Viscela (lemak di dalam kaviti abdomen,usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins,Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman.
  • Membantu dalam sesetengah penyakit barah.
  • Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Venoids dalam Teh hijau yang tinggi dapat membantu kesihatan sistem ketahanan badan. (Polyphenols dapat menaikkan bilangan sel darah putih yang berfungsi sebagai penghalang jangkitan. Oleh itu,sistem imun badan manusia lebih kuat. Juga berperanan dalam mengurangkan bakteria di dalam mulut)
  • Menurunkan paras kolesterol.(paras antioksidan dalam teh hijau yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol dalam badan)
  • Teh juga kaya dengan Fluorida yang mampu memperkuatkan enamel gigi, malah tulang-tulang badan sekaligus. Ini mengurangkan risiko Osteoporosis.
3 jenis Teh yang biasa kita minum.Teh Hitam (black tea), Teh hijau (Green Tea) dan Teh Oolong(Oolong tea). Perbezaan antara ketiga-tiga jenis teh ini ialah cara pemprosesannya. Teh hitam diproses selama beberapa jam bagi dioksidakan. Teh hijau  pula dihasilkan secara pengkukusan bagi menghentikan oksidai. Manakala Teh oolong pula ditermentasikan.
Walaupun Teh memiliki banyak manfaat namun perlu diingat bahawa teh juga mengandungi kafein. Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan gangguan seperti insomnia,berdebar hati dan ketidak aturan detik jantung. Namun kandungan kandungan kafein dalam Teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Lidah Buaya/Aloe Vera

Pokok Lidah Buaya atau Aloe Vera adalah spesis tumbuhan dalam Asphodelaceae yang berasal dari Afrika. Seperti yang telah maklum,khasiat Lidah Buaya sangat banyak. Antaranya boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk kencing manis,sakit jantung,radang tenggorok,batuk dan sembelit. Ia juga dapat merawat pelbagai keadaan kulit seperti luka, luka terbakar dan ekzema. Juga mengubati penyakit kulit seperti bisul.
Gel Lidah Buaya bertindak melalui satu gabungan mekanik (serrano et al,2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara,dan melalui pelbagai sebatian antibiotik dan anti kulat,menghalang tindakan mikroorganisma-mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan. Gel Lidah Buaya berguna untuk kulit yang kering,khususnya Ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang sensitif.
Gel Lidah Buaya mengandungi zat besi yang cukup lengkap antaranya vitamin A,B,C,E,Choline,Inositol dan asam folat. Kandungan Mineralnya juga terdiri daripada kalsium,magnesium,kalium,natrium,besi,seng dan kromium. Gabungan unsur vitamin dan mineral dalam tumbuhan ini berfungsi sebagai antioksidan semulajadi yang mampu mencegah serangan jantung dan penuaan dengan menghindarkan kerosakan sel DNA akibat radikal bebas.
Selain itu,Lidah Buaya juga digunakan untuk membantu melancarkan saluran percernaan,meningkatkan sistem kekebalan tubuh,mengatasi cacingan,mengubati radang usus merangkumi cirit birit,menyah-toksin sistem penghadaman,meneutralkan perut berasid,mengurangkan sembelit dan ulser gastrik serta memperkuatkan fungsi buah pinggang,hati serta pundi hempedu,mengatasi masalah asma,sesak nafas,mencegah panas badan dan menyembuhkan luka. Ia juga mengurangkan risiko akibat radang kulit.

Selasa

Manggis/Mangosteen

Manggis adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Nama saintifik buah Manggis adalah Garcinia Mangostana. Ia boleh tumbuh 7-5 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah Manggis dikenali sebagai 'ratu segala buah'. Ia antara tumbuhan yang sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 45F atau lebih 100F. Pokok Manggis akan berbuah 6-12 tahun selepas ditanam dari biji benih.
Manggis diakui secara tradisional dengan rasa yang sedap dan nilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthona semulajadi yang aktif. Xanthona termasuk dalam Fitonutrien yang paling kuat dan telah terbukti dalam kajian saintifik untuk membantu menjalankan fungsi tubuh yang yang sihat. Antara khasiat Xanthona ialah membantu pelbagai jenis masalah seperti elergi,resdung,lelah,pelbagai penyakit kulit seperti Eczema,gatal-gatal,psoriasis,seborrhea,jangkitan kulit,luka-luka yang pada mulut,melecur,selepas pembedahan,penyakit darah tinggi,kencing manis,lebihan kolesterol,keletihan,kekurangan darah,ulser,gastrik,saluran usus yang bengkak migraine,reumatic,diabetes,kanser,PMS,menopause,sakit kronik dsb.
Xanthona juga membantu menjaga kesihatan pencernaan,menguatkan sistem pertahanan badan,menghapuskan radikal bebas yang ada,melawan kesakitan otot ketika bersenam,menyokong fungsi tulang dan sendi,membantu dalam pernafasan pada tahap sihat.
Manggis juga mengandungi Cathechins,polyphenols dan polysaccharides yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi,juga bahan anti bakteria serta anti-kulat.  Dengan antioksidan yang kuat dapat membantu menghalang pengoksidaan dalam badan. Radikal bebas sukar dihalangyang ada dalam makanan,udara dan persekitaran. Radikal bebas akan menyerang sel-sel tubuh manusia,mencuri elektron dari tubuh dan menyebabkan kerosakan.
Manggis juga mengandungi Vitamin C,Zat Besi,Niasin,Kalsium,Protein,serat Fiber,Vitamin B1 dan B12.