Selasa

Manggis/Mangosteen

Manggis adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Nama saintifik buah Manggis adalah Garcinia Mangostana. Ia boleh tumbuh 7-5 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah Manggis dikenali sebagai 'ratu segala buah'. Ia antara tumbuhan yang sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 45F atau lebih 100F. Pokok Manggis akan berbuah 6-12 tahun selepas ditanam dari biji benih.
Manggis diakui secara tradisional dengan rasa yang sedap dan nilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthona semulajadi yang aktif. Xanthona termasuk dalam Fitonutrien yang paling kuat dan telah terbukti dalam kajian saintifik untuk membantu menjalankan fungsi tubuh yang yang sihat. Antara khasiat Xanthona ialah membantu pelbagai jenis masalah seperti elergi,resdung,lelah,pelbagai penyakit kulit seperti Eczema,gatal-gatal,psoriasis,seborrhea,jangkitan kulit,luka-luka yang pada mulut,melecur,selepas pembedahan,penyakit darah tinggi,kencing manis,lebihan kolesterol,keletihan,kekurangan darah,ulser,gastrik,saluran usus yang bengkak migraine,reumatic,diabetes,kanser,PMS,menopause,sakit kronik dsb.
Xanthona juga membantu menjaga kesihatan pencernaan,menguatkan sistem pertahanan badan,menghapuskan radikal bebas yang ada,melawan kesakitan otot ketika bersenam,menyokong fungsi tulang dan sendi,membantu dalam pernafasan pada tahap sihat.
Manggis juga mengandungi Cathechins,polyphenols dan polysaccharides yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi,juga bahan anti bakteria serta anti-kulat.  Dengan antioksidan yang kuat dapat membantu menghalang pengoksidaan dalam badan. Radikal bebas sukar dihalangyang ada dalam makanan,udara dan persekitaran. Radikal bebas akan menyerang sel-sel tubuh manusia,mencuri elektron dari tubuh dan menyebabkan kerosakan.
Manggis juga mengandungi Vitamin C,Zat Besi,Niasin,Kalsium,Protein,serat Fiber,Vitamin B1 dan B12.