Gel Lidah Buaya bertindak melalui satu gabungan mekanik (serrano et al,2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara,dan melalui pelbagai sebatian antibiotik dan anti kulat,menghalang tindakan mikroorganisma-mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan. Gel Lidah Buaya berguna untuk kulit yang kering,khususnya Ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang sensitif.

Selain itu,Lidah Buaya juga digunakan untuk membantu melancarkan saluran percernaan,meningkatkan sistem kekebalan tubuh,mengatasi cacingan,mengubati radang usus merangkumi cirit birit,menyah-toksin sistem penghadaman,meneutralkan perut berasid,mengurangkan sembelit dan ulser gastrik serta memperkuatkan fungsi buah pinggang,hati serta pundi hempedu,mengatasi masalah asma,sesak nafas,mencegah panas badan dan menyembuhkan luka. Ia juga mengurangkan risiko akibat radang kulit.