Jumaat

Teh Hijau/ Green Tea




Nama saintifik teh ialah Camellia Sinesis.Teh Hijau bukan sekadar teh,ia mengandungi paras Catechin Polyphensis yang tinggi khususnya epigallo catechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang kuat. Antioksidan Teh Hijau dalah 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksida. Ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wain merah. Antioksidan yang kuat telah dibuktikan  berupaya melawan virus,melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik ke atas kesihatan.
Radikal bebas dalam molekul adalah amat reaktif dan boleh merosakkan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukkan barah,penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik. Namun,Catechin berupaya memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan,juga membantu merencat pertumbuhan sel barah,pengawalan paras kolesterol LDL dan secara  tidak langsung dapat mengurangkan gumpalan darah tidak normal yang menjadi penyebab antara serangan jantung dan strok.

NUTRIEN TEH HIJAU

  • Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membantu mengurangkan kaser payudara,perut,esofagus dan kanser prostat.
  • Penstabil tekanan darah.Bacaan tekanan darah normal ialah 120/80 tetapi bagi mengekalkannya pada tahap tersebut bukannya mudah. Teh hijau mampu mengurangkan kebarangkalian mengatasi hipertensi sebanyak 50%. Kandungan yang terdapat dalam teh hijau iaitu 'ACE Inhibitor' semulajadi dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang tinggi. Ia juga boleh mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
  • Melindungi daripada Hepatitis.Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti mampu menurunkan zat besi di dalam badan.
  • Mencegah keracunan makanan. Ia dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana Teh hijau dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti Clostridia.
  • Teh hijau secara semulajadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam seperti bintik-bintik keradangan,kilit melecur,bekas tanda cacar dan mata bengkak yang disebabkan oleh tidur yang tidak mencukupi.
  • Membantu mengawal paras gula darah (polyphenols dan polysaccharides dapat memberi kesan manfaat kepada paras gula dalam darah).
  • Menggalakkan pembakaran lemak khususnya kepada lemak di Viscela (lemak di dalam kaviti abdomen,usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins,Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman.
  • Membantu dalam sesetengah penyakit barah.
  • Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Venoids dalam Teh hijau yang tinggi dapat membantu kesihatan sistem ketahanan badan. (Polyphenols dapat menaikkan bilangan sel darah putih yang berfungsi sebagai penghalang jangkitan. Oleh itu,sistem imun badan manusia lebih kuat. Juga berperanan dalam mengurangkan bakteria di dalam mulut)
  • Menurunkan paras kolesterol.(paras antioksidan dalam teh hijau yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol dalam badan)
  • Teh juga kaya dengan Fluorida yang mampu memperkuatkan enamel gigi, malah tulang-tulang badan sekaligus. Ini mengurangkan risiko Osteoporosis.
3 jenis Teh yang biasa kita minum.Teh Hitam (black tea), Teh hijau (Green Tea) dan Teh Oolong(Oolong tea). Perbezaan antara ketiga-tiga jenis teh ini ialah cara pemprosesannya. Teh hitam diproses selama beberapa jam bagi dioksidakan. Teh hijau  pula dihasilkan secara pengkukusan bagi menghentikan oksidai. Manakala Teh oolong pula ditermentasikan.
Walaupun Teh memiliki banyak manfaat namun perlu diingat bahawa teh juga mengandungi kafein. Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan gangguan seperti insomnia,berdebar hati dan ketidak aturan detik jantung. Namun kandungan kandungan kafein dalam Teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.